Tuesday, July 19, 2011

Bahagian Pengambilan Baru Pelajar UIM 2011

Assalamualaikum wbrt.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. yang telah menghidupkan kita sehingga ke saat ini untuk meneruskan kehdupan kita sebagai hamba NYA dengan melaksanakan apa yang diperintahNya dan menjauhi segala larangan.

Bahagian Pengambilan Baru Pelajar Malaysia UIM sesi 2011@ 1432 H yang akan dikelolakan sepenuhnya di bawah ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh exco-exco PERSADA Cawangan Madinah 2011.

Dengan ini, segala pengumuman rasmi berkenaan pengambilan baru pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah (UIM)sesi 2011 akan di 'update' kan di dalam blog ini.

Diharapkan kerjasama kepada semua pihak untuk membantu memudahkan urusan Pengambilan Pelajar-pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah dari segi menyediakan dokumen-dokumen penting yang melibatkan Wisma Putra, Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Arab Saudi dan lain-lain tempat.

Kepada semua pelajar yang telah mengisi borang secara online dan menghadiri temuduga di Universiti Islam Madinah untuk pengambilan pada tahun ini diharap dapat bersedia untuk menantikan keputusan yang akan dikeluarkan oleh Imadah Qabul wa Tasjil Universiti Islam Madinah dalam laman web rasmi Universiti.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan maklumat di bawah.

Bahagian Pengurusan Pengambilan Baru Pelajar Malaysia UIM 2011
Abdul Salam Bin Embong
No Tel: +6013 356 6329

Sekian, harap maklum. Wassalam

5 comments:

  1. salam...mohon jasa baik pihak tuan untuk memaklumkan kepada saya tentang pengambilan pelajar baru 2011.saya mengalami kesukaran mengakses internet dan surat sukar sampai ke alamat rumah.

    abdul salim bin abdul wahab.
    lepasan mahad attarbiyah al-islamiyah,perlis
    o134917966.

    jazakumullah khairan...moga Allah hadiahkan syurga!

    ReplyDelete
  2. tahniah salam for your good effort...

    ReplyDelete
  3. insyallah ana akan inform update kepada yang telah memberikan kerjasama..Barakallahulakum jamii'an

    ReplyDelete
  4. ble agaknya kuar kptsn? ado dengar citer lepas raya haji, betul ke?

    ReplyDelete
  5. Sebarang khabar angin janganlah kita terima secara bulat-bulat...yang penting adalah pelajar-pelajar Baru U.I.M. bersedia untuk membuat urusan apabila menerima surat rasmi drp Pihak Uni. Islam Madinah

    ReplyDelete