Tuesday, August 2, 2011

Update 2 Ogos 2011

Pihak kami sudah mendapat renspon dari beberapa pemohon dan ibu bapa penjaga yang sudah menanyakan mengenai status pengambilan pelajar adakah pihak Universiti Islam Madinah telah mengeluarkan senarai sempena pengambilan sesi 1432/1433H.

Kenyataan rasmi dari pihak kami:
Kami belum menerima sebarang maklumat mengenai pengambilan pelajar baru ke Universiti islam Madinah pada Tahun ini. Insyallah pihak uni. akan mengeluarkan keputusan senarai nama pelajar yang ditawarkan untuk sesi 1432/1433H lebih kurang 2 minggu dari sekarang.

Oleh yang demikian, kami meminta kepada semua yang telah mengisi borang kemasukan @ menghadiri temuduga di Universiti Islam Madinah diharap bersiap sedia sekiranya nama pemohon telah terpilih untuk urusan penyediaan dokumen penuh untuk mendapatkan visa dan tiket flight ke Madinah al-Munawwarah.

Sekian sahaja update terkini dari bahagian pengambilan Baru Pelajar Malaysia UIM.
Wassalam

Sebarang pertanyaan sila berhubung di talian:
013-3566329 (En. Abdul Salam Bin Embong)

No comments:

Post a Comment