Monday, September 12, 2011

Update 13 September 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...


Pihak kami memohon kemaafan di atas kelewatan untuk mengemaskini berkenaan blog ini kerana pihak kami telah kembali ke Universiti Islam Madinah baru-baru ini.


Berita terbaru yang dapat kami ingin sampaikan kepada semua yang sentiasa menghantar khidmat pesanan ringkas “SMS” untuk bertanyakan waktu sebenar pihak Universiti Islam Madinah akan mengeluarkan senarai nama pelajar baru 2011/2012. Setakat ini pihak Universiti masih belum dapat mengeluarkan senarai nama pengambilan pelajar baru seluruh Negara kerana nama yang akan dikeluarkan secara rasmi buat masa ini sedang ditapis di Kementerian Luar Negara Arab Saudi.


Oleh itu, pihak kami berharap kepada pemohon ataupun ibubapa yang sentiasa bertanyakan kepada pihak kami tentang pengambilan pelajar sesi 2011/2012 agar perbanyakkan doa semoga pemohon dapat diterima masuk Universiti Islam Madinah…


Pihak kami akan mengemaskini blog ini sekiranya pihak kami menerima sebarang berita terkini. Kesabaran semua pihak amatlah mendatangkan ganjaran.

Sekian, Wassalam.


Talian Hotline kami telah bertukar buat masa ini sila SMS @ hubungi untuk sebarang pertanyaan:

+966542184282 (Abdul Salam)

+966557543455 (Hilmi Mustapha)

No comments:

Post a Comment