Wednesday, September 21, 2011

Update 22 September 2011

Setakat ini pihak kami masih lagi cuba mengesan kesemua pelajar-pelajar baru yang telah disenaraikan. Bagi sesiapa yang mengenali dan mengetahui yang mempunyai nama dalam senarai tersebut, sila sampaikan kepada mereka berita gembira ini atau sila laporkan kepada kami untuk memudahkan pihak kami untuk mengesan pelajar-pelajar baru ini.

Masih belum terlambat lagi pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang telah terpilih untuk menjejakkan kaki ke Universiti Islam Madinah al-Munawwarah yang penuh keberkatan ini.

Lebih kurang 2 minggu dari sekarang Pelajar-Pelajar Baru yang telah ditawarkan akan menerima sepucuk surat rasmi dari Universiti Islam Madinah yang menandakan anda telah menjadi Pelajar Universiti ini. Diharapkan antum dapat menyimpan dan membuat beberapa keping photostat untuk membuat urusan persiapan Visa nanti.

Mana-mana pelajar yang telah menerima surat rasmi tersebut bolehlah menghubungi kami melalui telefon ataupun email untuk urusan selanjutnya.

Diharap yang telah terpilih dapat membaca update-update sebelum ini sebagai persediaan awal seperti menyediakan kewangan yang secukupnya untuk membuat urusan. Insyallah pihak Uni. akan memberikan Elaun persediaan selepas sampai di Universiti nanti insyaAllah.

Wallahua'lam.

Talian yang boleh dihubungi buat masa ini:
+966542184282 (Abdul Salam)
+966557543455 (Hilmi Mustapha)

Email pertanyaan kepada:
hdzlh_88@yahoo.com


1 comment: