Thursday, October 13, 2011

Update 14 Oktober 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Untuk perhatian Pelajar Baru UIM 2011/2012!!
Kami telah menerima maklum balas dari antum semua selepas 'update 7 Oktober 2011' yang lepas.
Kebanyakan pelajar masih belum menerima kedua-dua surat.
Berikut adalah perkara yang perlu pelajar ambil tindakan segera:
Surat Rasmi dari Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi(PERSADA)
-Antum dikehendaki untuk pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia yang berhampiran dan membuat pertanyaan sama ada surat kepunyaan antum ada ataupun tiada.

*Kesulitan telah berlaku dimana surat yang telah kami poskan bersetemkan 60sen tidak dihantar ke alamat yang ditetapkan kerana beratnya melebihi syarat yang ditetapkan. Pelajar yang ingin menuntut surat tersebut bolehlah membuat bayaran 50sen dipejabat pos berhampiran. Pastikan terlebih dahulu surat antum berada di pejabat pos sebelum membuat bayaran.

Surat Isy'ar Qobul
-Setakat ini surat ini masih belum sampai kepada mana-mana pelajar baru UIM. Diharapkan antum semua tidak risau dan banyakkan berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan urusan. Sampaikan berita ini kepada ibu bapa penjaga untuk menenangkan mereka.

Kami memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dari pihak kami. Walau bagaimanapun surat rasmi dari PERSADA tidak digunakan untuk sebarang urusan penyediaan VISA PELAJAR sebaliknya sebagai panduan untuk membuat urusan.

Sekian, harap maklum.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. asslamualaikum,ust...ana luqman haqiem bin mohamad kofli....ana sdah brtanya di pjbat pos..ana diberitahu yang surat yg di denda tdak akan di pegang oleh pejabat pos...malah ia akan dihantar sekiranya alamat yg diberikan adalah betul...dan ana masih belum terima lagi surat dari pihak PERSADA dan akn mnyukarkan dlm pgurusan ana...ana harap ustz dapat mmperjelaskan tntg prkara ini...wsslam...

    ReplyDelete