Thursday, October 13, 2011

Update 14 Oktober 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Untuk perhatian Pelajar Baru UIM 2011/2012!!
Kami telah menerima maklum balas dari antum semua selepas 'update 7 Oktober 2011' yang lepas.
Kebanyakan pelajar masih belum menerima kedua-dua surat.
Berikut adalah perkara yang perlu pelajar ambil tindakan segera:
Surat Rasmi dari Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi(PERSADA)
-Antum dikehendaki untuk pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia yang berhampiran dan membuat pertanyaan sama ada surat kepunyaan antum ada ataupun tiada.

*Kesulitan telah berlaku dimana surat yang telah kami poskan bersetemkan 60sen tidak dihantar ke alamat yang ditetapkan kerana beratnya melebihi syarat yang ditetapkan. Pelajar yang ingin menuntut surat tersebut bolehlah membuat bayaran 50sen dipejabat pos berhampiran. Pastikan terlebih dahulu surat antum berada di pejabat pos sebelum membuat bayaran.

Surat Isy'ar Qobul
-Setakat ini surat ini masih belum sampai kepada mana-mana pelajar baru UIM. Diharapkan antum semua tidak risau dan banyakkan berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan urusan. Sampaikan berita ini kepada ibu bapa penjaga untuk menenangkan mereka.

Kami memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dari pihak kami. Walau bagaimanapun surat rasmi dari PERSADA tidak digunakan untuk sebarang urusan penyediaan VISA PELAJAR sebaliknya sebagai panduan untuk membuat urusan.

Sekian, harap maklum.

Thursday, October 6, 2011

Update 7 Oktober 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Pertama kalinya bersyukur kehadrat Allah S.W.T. dengan izinNya dan pihak kami memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini urusan pengambilan pelajar baru Malaysia di Universiti Islam Madinah 2011 kerana sedang menguruskan jemaah haji Malaysia di Madinah al-Munawwarah yang ingin mengerjakan Haji pada Tahun ini.

Seterusnya, sekali lagi pihak kami ingin membuat pengumuman dan panggilan terakhir untuk 8 orang pelajar baru yang masih lagi belum dikenalpasti. Bagi yang mengenali mereka tersebut diminta memaklumkan kepada pelajar tersebut ataupun memaklumkan kepada pihak kami sekiranya mengenali mereka:

4

MOHD FAIRULNAIM BIN YAAKUB

محمد فيرالنعيم بن يعقوب


17

MUHAMMAD SABRI BIN MAJELIS

محمد صبري بن مجليس

44

mohamed nur hafizi talanj

محمد نور حافظي بن تالنج

45

MOHAMAD ERWANDY BIN JUNAIDI

محمد إرواندي بن جونايدي

46

mavlana mohammed iliyas tamrin

مولانا محمد إلياس بن تمرين


49

MOHAMAD SAIRUL

محمد سيرول بن سايدين

51

AZRIN LAU

أذرين لاو بن عبد المهيمن

52

EMIR HAZIQ

أمير حاذق


PERHATIAN kepada SEMUA Pelajar Baru U.I.M 2011:
a) Sila hantar 'SMS' ringkas kepada talian utama kami:
+966542184282
apabila anda telah menerima: 1- Isy'ar Qobul dari Uni. Islam Madinah
2- Surat rasmi daripada PERSADA Cawangan Madinah
b) Sekiranya belum menerima sebarang surat di atas sila 'sms' kepada no di atas untuk makluman kami.
c) Anda boleh memulakan urusan apabila telah mendapat 2 surat (sila rujuk perkara a.1 & a.2)
dengan merancang sebaik mungkin.
d) Sekiranya terdapat sebarang masalah bolehlah 'sms' kepada pihak kami @ emailkan ke:
+966542184282 (Abdul Salam)
hdzlh_88@yahoo.com
Pihak kami mengucapkan selamat membuat urusan mendapatkan VISA PELAJAR sebelum mengambil tiket penerbangan ke Madinah al-Munawwarah. Semoga Allah mempermudahkan urusan antum semua.
Terima Kasih.